Saiyidina Hassan bin Ali r.a., adalah seorang tokoh Islam
yang sangat dicintai oleh umat Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullh saw.
beliau adalah ibarat permata di zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti
yang mulia dan terpuji.
Pada suatu hari sedang Saiyidina Hassan duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba
datang seorang pemuda badwi, lalu mencacinya dan juga kedua ibu bapanya. Anehnya,
Saiyidina Hassan hanya mendengar sahaja tanpa sedikit pun berubah air mukanya,
atau
membalas kata-katanya itu.
membalas kata-katanya itu.
Saiyidina Hassan berkata kepada orang itu: "Wahai
badwi, adakah engkau lapar atau dahaga? atau adakah sesuatu yang merungsingkan
hati engkau?." Tanpa mempedulikan kata-kata Saiyidina Hassan, badwi
itu terus memaki hamunnya.Oleh itu Saiyidina Hassan pun menyuruh pembantu
rumahnya membawa uncang yang berisi wang perak lantas diberikannya kepada badwi
itu dan berkata: "Wahai badwi, maafkanlah saya. Inilah sahaja yang saya
miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikannya dari padamu."
Sikap dan layanan Saiyidina Hassan itu akhirnya berjaya
melembutkan hati badwi tersebut. Badwi itu menangis teresak-esak lantas sujud
di kaki Saiyidina Hassan dan berkata: "Wahai cucu baginda Rasulullah saw.
maafkanlah aku kerana berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja
melakukan begini untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda
Rasulullh saw. yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau mempunyai
budi pekerti yang mulia sekali."