Ibn Katsir menulis di dalam
kitabnya Bidayah wan Nahiyah beliau ialah Asma binti Umais bin Maadd bin
Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah Abu Bakar ra yang sebelumnya
diperisterikan oleh Jafar bin Abi Talib.
Dari perkahwinan dengan Jafar
bin Abi Talib beliau melahirkan tiga putra yakni Abdullah, Muhammad dan
Aunan.[ kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan
Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi ]
Perkahwinan dengan Abu Bakar
ra beliau melahirkan Muhammad bin Abu Bakar ra. Apabila Asma berkahwin dengan Ali
ra, maka Muhammad bin Abu Bakar menjadi
anak tiri atau anak angkat kepada Ali ra.
anak tiri atau anak angkat kepada Ali ra.
Setelah Abu Bakar ra meninggal
dunia beliau berkahwin pula dengan Ali bin Abi Talib , adek suaminya yang
pertama.[Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al
Husaini] Beliau adalah isteri ke enam bagi Ali ra.
Perkhwinan dengan Ali
melahirkan Yahya dan Muhammad al Ashgar.Ibn Katsir mengambil riwayat ini dari
Ibnul Kalbi. Bagaimanapun Ibn Katsir mengatakan al Waqidi mengatakan “ Beliau
memperoleh dua orang putra darinya, Yahya dan Aun, adapun Muhammad al Ashghar
berasal dari ummul walad[Ummul walad adalah hamba wanita]. Dalam hal
ini kita dapati ada perselisihan pendapat penulis sejarah.
Fitnah Perihal
Renggangnya Keluarga Abu Bakar ra. Dengan Keluarga Ali ra.
Suatu yang istimewa dengan
Asma binti Umais, beliau adalah sahabat terdekat Sitti Fatimah r.a. Asma inilah
yang mendampingi Fatimah r.a. dengan setia dan melayaninya dengan penuh
kasih-sayang semasa sakit hingga detik-detik terakhir hayatnya.[Sejarah
Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini]
Kalau demikian rapat hubungan
Asma ra dengan Fatimah ra bermakna rapat jugalah hubungan dengan Abu
Bakar ra , kerana masa itu Asma adalah isteri Khalifah Abu Bakar. Perlu diingat
Fatimah ra meninggal dunia enam bulan selepas Rasullah saw meninggal dunia.
Jadi bagaimana boleh timbul fitnah kerengangan hubungan Fatimah ra dan Ali ra
dengan Abu Bakar ra.? Dikatakan berita kewafatan Fatimah ra. telah dirahsiakan
dari pengetahuan Abu Bakar ra.
Rumah Fatimah r.a @ Ali
r.a hanya ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalh Imamnya – mungkinkah
kematian Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah
Fatimah r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!
Hijrah Asma’ Ke
Madinah
Perjalanan dari Habsyah ke
Madinah terasa begitu lama. Rindu pada insan mulia, anak saudara suaminya
sendiri, membuak-buak di hatinya. Meskipun hidup di Habsyah aman dan tenang di
bawah pemerintahan Najasyi yang adil serta terhindar daripada gangguan kafir
Quraisy, hatinya tetap rindu bagi bersama insan mulia dalam menegakkan agama
Islam.
"Jauh lagikah? Saya tidak
sabar tiba di Madinah. Inilah yang saya harapkan sekian lama;' kata Asma' binti
Umais pada suaminya, Jaafar bin Abi Talib yang mengetuai penghijrahan kaum
Muslimin ke Habsyah.
"Insya-Allah tidak lama
lagi;' jawab J aafar lirih.
Jaafar memandang ketiga-tiga
anaknya yang dilahirkan di Habsyah iaitu Muhammad, Abdullah dan Aun. Mereka
masih kecil dan belum mengerti apakah yang sedang bergolak di hati ibu dan ayah
mereka. Mereka belum tahu erti perjuangan menegakkan agama Islam.
Namun, di bawah didikan
Rasulullah nanti, Jaafar mahu melihat mereka membesar menjadi pejuang-pejuang
agama yang memiliki iman yang kental.
Jaafar kemudian menoleh pada
isterinya. "Tidak sedihkah meninggalkan anak susuanmu Abdullah?"
Jaafar cuba menduga hati Asma'.
Asma' termenung mendengar
pertanyaan suaminya itu. Tujuh tahun lamanya dia tinggal di Habsyah sesudah
berhijrah ke sana bersama segelintir kaum Muslimin yang lain demi menyelamatkan
diri daripada gangguan kafir Quraisy.
Selama tujuh tahun, mereka
begitu akrab dengan Najasyi yang begitu baik kepada mereka. Selepas Najasyi
masuk Islam di tangan Jaafar, Asma' mendapat tempat yang istimewa dalaM keluarga
raja itu.
Ini terbukti apabila Najasyi
menamakan puteranya nama yang serupa dengan anaknya, Najasyi meminta Asma'
menyusukan puteranya bersama-sama anaknya.
"Abdullah anak susuan
saya dan bumi Habsyah tetap saya ingati. Namun, rindu saya pada Rasulullah dan
negara Islam Madinah, tidak ada tolak bandingnya;' jawab Asma'.
Jaafar terangguk-angguk
mendengar kata-kata isterinya. "Saya mendapat khabar Rasulullah sedang
menunggu kepulangan kita. Beliau juga begitu merindui kita semua kata Jaafar.
Selepas menempuh perjalanan
yang lama, akhimya rombongan mereka tiba di Madinah. Ketika itu, kaum Muslimin
sedang meraikan kemenangan mereka mengalahkan kafir Quraisy dalam perang
Khaibar.
"Allahu akbar! Allahu
akbar! Allahu akbar!" Rasulullah dan kaum Muslimin bertakbir memuji
kebesaran Allah atas kemenangan mereka itu.
Muslimah Pilihan
Ketika itulah Jaafar dan
rombongannya tiba di hadapan Rasulullah.
Sebaik sahaja beliau melihat
Jaafar, beliau begitu gembira. Beliau segera memeluk Jaafar dan mencium dahinya.
"Demi Allah, aku tidak
tahu mana yang lebih menggembirakan diriku, kedatangan Jaafar atau kemenangan
Khaibar kata Rasulullah kepada seluruh hadirin.
Asma' dan Jaafar tinggal di
Madinah dengan penuh bahagia di samping menimba ilmu yang berharga daripada
Rasulullah.
"Isteriku, saya telah
mendapat perintah daripada Rasulullah supaya berangkat ke Syam memerangi
tentera Byzantine;' ujar Jaafar kepada Asma' pada suatu hari.
"Siapakah yang memimpin
tentera Muslimin?" soal Asma'.
"Zaid bin Harisah. Akan
tetapi, sekiranya dia syahid, sayalah yang menggantikan tempatnya jawab Jaafar,
"Pergilah suamiku. Semoga Allah memberi kemenangan ke atas kaum Muslimin”
kata Asma' kepada suaminya.
Seluruh umat Islam
temanti-nanti kepulangan kaum Muslimin. Belum ada khabar berita sama ada kaum
Muslim memperoleh kemenangan atau sebaliknya.
Hati Asma' bergetar apabila
Rasulullah datang ke rumahnya. Rasulullah mendekati ketiga-tiga anak Asma',
lalu mencium mereka dengan , mata berlinangan.
"Wahai Rasulullah, apakah
yang membuatkan anda menangis? Adakah anda telah mendapat khabar tentang Jaafar
dan sahabat-sahabatnya?" soal Asma'.
"Benar, dia telah gugur
syahid hari ini” jawab Rasulullah ringkas.
Mendengar jawapan Rasulullah
itu, Asma' tidak dapat menahan rasa sedihnya. Dia menangis teresak-esak di
samping anak-anaknya. Namun, dia tetap sabar demi mengharapkan reda Allah .
Asma’ Menjadi Isteri
Abu Bakar As-Siddiq
Tidak lama sesudah itu, Asma'
berkahwin dengan Abu Bakar as-Siddiq selepas isteri beliau, Ummu Rumaan
meninggaI. Asma' terus setia di samping Abu Bakar, sehingga beliau dilantik
menjadi khalifah selepas Rasulullah wafat. Asma' juga bersabar ketika
menghadapi saat-saat Abu Bakar sakit kuat.
"Asma', apabila aku
meninggal dunia, mandikanlah jasadku. Dan bukalah puasamu agar dirimu lebih
kuat:” pesan Abu Bakar apabila dia merasakan maut semakin menghampirinya.
"Baiklah:” jawab Asma'
sambil matanya tidak lepas memandang suaminya yang berada di ambang sakaratul
maut.
Tidak lama kemudian,
lnnalillahi wainna ilaihirojiun.
Asma' berasa sedih dengan
kematian Abu Bakar. Namun begitu, dia segera menunaikan wasiat Abu Bakar agar
memandikan jenazahnya.
Asma' kembali bersendirian
membesarkan anak-anaknya. Dia mendidik mereka dengan memohon kepada Allah agar
memperbaiki anak-anaknya sehingga mereka akhirnya menjadi imam bagi orang-orang
bertakwa.
Asma’ Menjadi Isteri
Ali Bin Abi Talib
Sedih yang dialami oleh Asma'
segera diubati oleh Ali bin Abi Talib. Beliau datang meminang Asma' selepas
Fatimah az-Zahra meninggal.
Ketika Ali bin Abi Talib dilantik
sebagai khalifah yang keempat, Asma' turut memikul tanggungjawab sebagai isteri
khalifah bagi kaum muslimin dalam menghadapi peristiwa-peristiwa besar.
Demikianlah Asma' binti Umais,
wanita yang menjadi pendamping kepada tiga pemimpin besar kaum Muslimin iaitu
Jaafar bin Abi Talib, Abu Bakar bin Siddiq dan Ali bin Abi Talib. Semoga Allah
merahmatinya.
Asma' amat mencintai
ketiga-tiga suaminya. Katanya, "Aku tidak melihat seorang pemuda
daripada bangsa Arab yang lebih baik daripada Jaafar, dan aku tidak melihat
seorang setengah baya yang lebih baik daripada Abu Bakar, dan Ali tidak kurang
kebaikannya dibandingkan kedua-duanya".