Islam
menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka. Antara yang hebat adalah
Ikramah bin Abu Jahal. Seorang pemuda yang pada awalnya sangat menentang Islam.
Akhirnya menjadi seorang pembela Islam yang tegar.
Peribadi
Ikramah
merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani. Beliau lahir dari
keturunan bangsawan Quraisy. Sangat dihormati dan dipandang mulia oleh penduduk Mekah pada masa itu. Beliau juga merupakan seorang penungang kuda yang sangat mahir.
keturunan bangsawan Quraisy. Sangat dihormati dan dipandang mulia oleh penduduk Mekah pada masa itu. Beliau juga merupakan seorang penungang kuda yang sangat mahir.
Sebelum
masuk Islam
Ikramah
menolak dakwah Islam kerana terpengaruh dengan sikap ayahnya, Abu Jahal yang
menentang Islam. Dek dorongan yang kuat dari ayahnya itu, beliau juga sangat
memusuhi Rasulullah SAW dan menyeksa umat Islam yang lain.
Perang
Badar menyaksikan Ikramah menjadi sayap kanan kepada ayahnya. Namun, Abu Jahal
terbunuh dalam peperangan tersebut. Tambah malang lagi ia disaksikan sendiri
oleh Ikramah. Namun ia tidak mampu berbuat apa-apa kerana mahu menyelamatkan
diri sendiri.
Permusuhan
Islam Semakin Memuncak
Sejak
kematian ayahnya itu, kebenciannya pada Islam semakin menebal. Kali ini bukan
kerana benci terhadap Islam, tetapi kerana mahu membalas kematian ayahnya itu.
Dalam beberapa peperangan melawan kaum muslimin, beliau antara yang berada
dibarisan hadapan.
Perang
Uhud menyaksikan Ikramah menjadi sayap kiri pasukan Quraisy manakala Khalid
al-Walid menjadi sayap kanan memimpin pasukan berkuda. Kedua panglima ini gagah
memecah belahkan tentera Islam.
Perang
Khandak menyaksikan beliau antara yang semangat ingin memecah banteng
pertahanan tentera Islam Madinah pada masa itu. Setiap hari beliau berpusing
sekitar parit untuk mencari jalan hendak menembusi Madinah.
Ketika
pembukaan kota Mekah berlangsung, Ikramah mengambil keputusan melawan tentera
Islam yang hendak masuk ke Mekah. Ikramah mengumpulkan pengikutnya untuk
menyerbu tentera Islam yang masuk ke Mekah.
Namun,
ia sangat terkejut melihat Khalid al-Walid yang menyerbunya ketika itu. Namun,
beliau tetap tekad melawan Islam. Akhirnya tenteranya tewas. Ikramah sempat
melarikan diri dari dibunuh.
Beliau
merasa sangat menyesal pada masa itu. Mekah tidak lagi aman baginya. Beliau
akhirnya menuju ke Yaman.
Isteri
Solehah
Ummu
Hakim, isteri Ikramah sangat bimbang akan keadaan suaminya. Beliau kemudian
mendapat tahu suaminya di Yaman. Beliau ditemani pembantunya, seorang yang
berbangsa Rom, untuk menemaninya sampai ke Yaman
Namun,
dalam perjalanan, pembantunya itu merayunya berbuat maksiat. Tetapi Ummu Hakim
sangat setia pada suaminya itu. Selain itu, dia dapat menanganinya dengan
bijaksana. Dia memberi harapan dengan melewat-lewat masa sambil meneruskan
perjalanan.
Sesampai
sahaja di sebuah perkampungan Arab, Ikramah segera meminta tolong kepada
penduduk disitu dan menyatakan niat jahat pembantunya itu. Pembantunya itu
akhirnya ditangkap. Dapatlah Ummu Hakim meneruskan perjalanannya dengan aman.
Pertemuan
Cinta Suci
Akhirnya
Ummu Hakim bertemu dengan suaminya di Pantai Laut Merah. Mereka berpeluk
kegembiraan. Ummu Hakim meminta suaminya untuk pulang bersamanya ke Mekah.
Sambil menyatakan Rasulullah sudah mengampunkan kesalahannya itu.
Ikramah
dengan senang hati mengikut isterinya pulang ke Mekah. Dalam perjalanan pulang,
Ummu Hakim menceritakan perihal pembantunya kepada Ikramah. Mereka kemudian
singgah di perkampungan Arab tersebut.
Disebabkan
terlalu marah dengan pembantunya itu, Ikramah mengambil keputusan membunuh
pembantunya itu. Mereka seterusnya meneruskan perjalanan ke Mekah.
Mengucap
Kalimah Syahadah
Ketibaan
Ikramah dan isterinya disambut oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka
seolah-olah sudah menduga kedatangan Ikramah ke Mekah. Baginda Rasulullah
gembira dengan kedatangan Ikramah tersebut.
Lantas,
dihadapan baginda, Ikramah mengucap dua kalimah syahadah. Ikramah berjanji akan
mengubah perangainya dan bersedia membela Islam dengan tangannya. Ikramah mahu
bertaubat dan menebus kesilapannya yang dulu.
Pahlawan
Islam yang Berani
Ternyata
Ikramah menepati kata-katanya itu. Kalau dahulu hidup dan matinya melawan
Islam, kini beliau berjuang berhabis-habisan mempertahankan kalimah tauhid
Islam.
Perang
Yarmuk menyaksikan tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom.
Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang tentera Rom yang sedang menggila.
Beliau menghalau pasukan musuh yang sedang mara kehadapan.
Akhirnya,
beliau gugur terkorban dalam peperangan tersebut. Meskipun sedemikian, tentera
Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang.